Wednesday, January 9, 2008

Segalanya tentang kami


A & S Art Creative menyediakan perkhidmatan menggubah hantaran pertunangan dan perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin. Kami amat berbesar hati sekiranya anda menggunakan khidmat sedia ada kami.

Kami beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru.Buat masa ini tempahan hanya di sekitar Johor Bahru sahaja.Bagi kawasan luar, InsyaAllah kami akan beritahu kelak.Tempahan boleh dibuat melalui email ansartcreative@yahoo.com.my atau telefon 016-7893926 (AZAM),pihak kami akan mengadakan temujanji untuk perbincangan dan disusuli dengan gubahan hantaran yang dipersetujui.

Anda boleh memilih samada menggunakan sepenuhnya khidmat kami dari segi design dan barang hantaran seperti riben,kotak dan sebagainya,ataupun kami hanya mengambil upah menggubah dan barang-barang serta design terserah kepada anda.

Bagi anda yang ingin melihat hasil kerja kami,sila layari laman A & S Art Creative ini.Kami sertakan beberapa contoh hasil tangan kami untuk tatapan anda.

Segalanya terserah kepada anda.Kami di A & S Art Creative akan memberikan kepuasan dalam hasil seni kami.Harga boleh dirunding.Segala khidmat nasihat adalah percuma.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen samada mengenai hantaran ataupun laman ini.Segala komen akan diambil kira oleh pihak kami.Ucapan terima kasih kerana melayari blog ini.




"KEIKHLASAN ANDA KAMI SULAMKAN KE DALAM GUBAHAN HANTARAN YANG MENARIK"



Email:

Contact No:
016-7893926
(AZAM)