Tuesday, March 10, 2009

Blog has been closed for a while

We are sorry. This blog has been blocked for a while for a re-arrangement of blog's contents. We will open as soon as possible.

Monday, February 4, 2008

Informasi Terkini Untuk Anda

Assalamualaikum.
Lama rasanya tak bersua. Kami terlalu sibuk dengan membuat hantaran-hantaran sampai tak sempat nak mengemaskini laman ini. Apapun bisnes masih terus berjalan.Nantikan sesuatu yang istimewa daripada kami!

Jangan ketinggalan membaca 'Corat Coret A & S Art Creative'.Menyingkap di sebalik tabir pembikinan gubahan-gubahan hantaran,gosip-gosip panas dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia perkahwinan.

Kini,kepada pelanggan-pelanggan kami yang disayangi,anda boleh muat turun gambar perkahwinan anda dan pertunangan ke laman web kami.Hanya perlu email gambar ke ansartcreative@yahoo.com.my.


Tunggu produk-produk terbaru kami dari seni reka bentuk hantaran,bakul,anyaman,kotak dan segala kraftangan yang boleh anda sewa atau beli terus daripada kami untuk menghiasi gubahan hantaran perkahwinan anda! Harga yang berpatutan..Tunggu yeee!!

Wednesday, January 9, 2008

Segalanya tentang kami


A & S Art Creative menyediakan perkhidmatan menggubah hantaran pertunangan dan perkahwinan untuk bakal-bakal pengantin. Kami amat berbesar hati sekiranya anda menggunakan khidmat sedia ada kami.

Kami beroperasi sepenuhnya di Johor Bahru.Buat masa ini tempahan hanya di sekitar Johor Bahru sahaja.Bagi kawasan luar, InsyaAllah kami akan beritahu kelak.Tempahan boleh dibuat melalui email ansartcreative@yahoo.com.my atau telefon 016-7893926 (AZAM),pihak kami akan mengadakan temujanji untuk perbincangan dan disusuli dengan gubahan hantaran yang dipersetujui.

Anda boleh memilih samada menggunakan sepenuhnya khidmat kami dari segi design dan barang hantaran seperti riben,kotak dan sebagainya,ataupun kami hanya mengambil upah menggubah dan barang-barang serta design terserah kepada anda.

Bagi anda yang ingin melihat hasil kerja kami,sila layari laman A & S Art Creative ini.Kami sertakan beberapa contoh hasil tangan kami untuk tatapan anda.

Segalanya terserah kepada anda.Kami di A & S Art Creative akan memberikan kepuasan dalam hasil seni kami.Harga boleh dirunding.Segala khidmat nasihat adalah percuma.

Anda dialu-alukan untuk memberi komen samada mengenai hantaran ataupun laman ini.Segala komen akan diambil kira oleh pihak kami.Ucapan terima kasih kerana melayari blog ini.




"KEIKHLASAN ANDA KAMI SULAMKAN KE DALAM GUBAHAN HANTARAN YANG MENARIK"



Email:

Contact No:
016-7893926
(AZAM)